Berita Terkini

Tarikh Dikeluarkan: 01/08/2026 09:08 PM

PRN NS: BN-PN Dakwa Bentuk Kerajaan Negeri Sembilan - Asyraf

PRN NS: BN-PN Dakwa Bentuk Kerajaan Negeri Sembilan  - Asyraf
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Setiausaha Agung Barisan Nasional Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki serta jentera dan penyokong parti ketika mengikuti keputusan semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan di Command Centre Barisan Nasional (BN), Wisma UMNO Negeri Sembilan.

SEREMBAN, 1 Ogos (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) mendakwa membentuk kerajaan Negeri Sembilan selepas memenangi dua per tiga majoriti selepas meraih 25 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16, setakat malam ini.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Asyraf Wajdi Dusuki berkata BN peroleh 18 kerusi DUN manakala PN meraih tujuh kerusi yang dipertandingkan berdasarkan kepada keputusan tidak rasmi.

Bagi mendapatkan berita terkini mengenai PRN Negeri Sembilan ke-16, layari https://prn.bernama.com/n9.

PRN NS: BN-PN Dakwa Bentuk Kerajaan Negeri Sembilan  - Asyraf

-- BERNAMA

Kata Kunci berkaitan