Berita Terkini

Tarikh Dikeluarkan: 28/09/2026 01:44 PM

Kemelut N.Sembilan: Bekas Exco Tiba Di Menara MAINS, Beri Keterangan Polis

Kemelut N.Sembilan: Bekas Exco Tiba Di Menara MAINS, Beri Keterangan Polis

SEREMBAN, 28 Sept (Bernama) -- Beberapa bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan tiba di Menara Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) di sini, untuk dirakam percakapan oleh pasukan Bukit Aman susulan kemelut semasa di negeri itu.

Antara bekas Exco tersebut ialah Datuk Faizal Ramli, Mohd Fairuz Mohd Isa, Datuk Mustapha Nagoor, Siti Nur Umaira binti Hasim, Suhaimizan Bizar, Datuk Razali Abu Samah, yang tiba secara berasingan bermula 10 pagi tadi.

Difahamkan polis termasuk pegawai juga telah tiba di menara berkenaan bagi merakam percakapan mereka.

Kemelut N.Sembilan: Bekas Exco Tiba Di Menara MAINS, Beri Keterangan Polis

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Khalid Ismail semalam dilaporkan berkata polis memanggil bekas Exco Negeri Sembilan untuk merekodkan keterangan, bagi membantu siasatan ekoran kemelut pentadbiran dan institusi diraja itu susulan beberapa laporan polis yang dibuat berhubung isu berkenaan.

Selain bekas Exco, pihaknya turut akan mengambil keterangan daripada beberapa saksi dan individu lain yang berkaitan bagi melengkapkan siasatan kes.

-- BERNAMA