Berita Terkini
PN Garis Enam Teras Dalam Manifesto PRN NS
SEREMBAN, 25 Julai (Bernama) -- Perikatan Nasional (PN) hari ini melancarkan manifesto yang mengandungi enam teras bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16.
Manifesto yang bertemakan ‘PN Sepakat Hebatkan Negeri Sembilan’ itu dilancarkan Pengerusi PN Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
Enam teras berkenaan ialah pentadbiran, diikuti belia dan keluarga sebagai teras kedua, sementara teras ketiga ialah ekonomi, manakala kebajikan sebagai teras keempat.
Selain itu, teras kelima pula ialah pendidikan, manakala pekerjaan sebagai teras keenam.
Pengundian awal PRN Negeri Sembilan ditetapkan pada Selasa ini manakala hari mengundi 1 Ogos.
Bagi mendapatkan berita terkini PRN Negeri Sembilan ke-16, layari https://prn.bernama.com/n9.
-- BERNAMA
Kata Kunci berkaitan
Berita Lain
- Rakyat Negeri Sembilan Memilih, Tentukan Mandat Baharu Hari Ini
- Jemaah Menteri Tak Pernah Bantah Kerajaan Laksana Program Untuk Islam, Melayu - Anwar
- Pengundi DUN Jeram Padang Digesa Keluar Awal Untuk Mengundi - Fahmi
- Anwar, Pemimpin PH Sampai Amanat Akhir Menerusi Tiktok
- Mengundi Untuk Masa Depan, Pilih Pemimpin Yang Amanah - Fahmi