Berita Terkini
Polis Lulus 19 Permit Ceramah Kempen PRN Negeri Sembilan
SEREMBAN, 19 Julai (Bernama) -- Polis Diraja Malaysia (PDRM) meluluskan sebanyak 19 permohonan permit bagi penganjuran ceramah dan aktiviti kempen yang diterima sejak semalam sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16.
Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata permohonan tersebut diluluskan selepas memenuhi semua syarat yang ditetapkan.
Beliau berkata bagaimanapun, setiap program dan aktiviti politik akan dipantau bagi memastikan penganjurannya mematuhi undang-undang serta tidak menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam.
"Secara keseluruhannya, situasi keselamatan dan ketenteraman awam sepanjang proses PRN Negeri Sembilan ke-16 ketika ini berada pada tahap baik dan terkawal.
"Dari aspek penguatkuasaan, kita hanya menerima satu laporan polis dan tiada kertas siasatan berkaitan kesalahan pilihan raya dibuka," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Alzafny berkata polis akan terus mempertingkatkan tahap kesiapsiagaan, pemantauan dan penguatkuasaan secara menyeluruh sepanjang tempoh pilihan raya berlangsung.
Beliau berkata sebarang pelanggaran undang-undang akan diambil tindakan secara tegas, adil dan berintegriti tanpa sebarang kompromi.
Alzafny berkata orang ramai dinasihatkan supaya mematuhi undang-undang, menghormati proses demokrasi serta memberikan kerjasama penuh kepada anggota PDRM bagi memastikan PRN Negeri Sembilan berlangsung dalam aman, harmoni, selamat dan teratur.
DUN Negeri Sembilan dibubarkan pada 5 Jun lepas dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 1 Ogos sebagai tarikh pengundian, manakala undi awal pada 28 Julai ini.
Bagi mendapatkan berita terkini mengenai PRN Negeri Sembilan ke-16, layari https://prn.bernama.com/n9.
-- BERNAMA
Kata Kunci berkaitan
Berita Lain
- Anwar, Pemimpin PH Sampai Amanat Akhir Menerusi Tiktok
- Mengundi Untuk Masa Depan, Pilih Pemimpin Yang Amanah - Fahmi
- PRN NS: Anwar Gesa Jentera PH Manfaatkan Baki Tempoh Berkempen, Fokus Buat Kerja
- PRN NS: Pengundi Digalak Ikut Waktu Yang Disyorkan, Dilarang Guna Telefon Bimbit Ketika Undi
- Laporan Penuh RCI Tabung Haji Didedah Secara Telus, Tanpa Tapisan - Anwar