Berita Terkini

Tarikh Dikeluarkan: 18/07/2026 08:42 PM

PRN NS: Tanding Atas Tiket Bersatu, Gerakan Pecat Keahlian Tang Jay Son

PRN NS: Tanding Atas Tiket Bersatu, Gerakan Pecat Keahlian Tang Jay Son
Tang Jay Son

SEREMBAN, 18 Julai (Bernama) -- Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) memecat keahlian Tang Jay Son berkuat kuasa serta-merta selepas beliau bertanding atas tiket Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16.

Setiausaha Agung Gerakan Wong Chia Zhen dalam kenyataan hari ini berkata tindakan Tang itu merupakan pelanggaran disiplin parti yang serius kerana bertentangan dengan prinsip kesetiaan kepada parti.

"Gerakan ingin menegaskan bahawa setiap ahli bertanggungjawab mematuhi perlembagaan parti, menghormati keputusan organisasi serta menjaga disiplin dan integriti parti pada setiap masa.

"Mana-mana ahli yang bertindak bertentangan dengan kepentingan parti akan dikenakan tindakan disiplin yang sewajarnya," katanya.

Tang hari ini disahkan sebagai calon Bersatu bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rahang yang menyaksikan pertandingan empat penjuru dengan penyandang Siau Meow Kong (Pakatan Harapan), Yap Siok Moy (Barisan Nasional) dan S. Tinagaran (Parti Sosialis Malaysia).

Bagi mendapatkan berita terkini PRN Negeri Sembilan ke-16, layari https://prn.bernama.com/n9 

-- BERNAMA