Berita

Kemaskini: 26/10/2026 06:13 PM

SPRM Kesan Jamaluddin Jamahali Bantu Siasatan Kes Di Sabah

PUTRAJAYA, 26 Okt (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan Jamaluddin Jamahali bagi membantu siasatan kes di Sabah.

SPRM dalam kenyataan hari ini memaklumkan lelaki tempatan berusia 24 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009.

Menurut kenyataan itu, usaha mengesan Jamaluddin di alamat terakhirnya di Kampung Keramat, Semporna, Sabah, tidak berhasil.

Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu itu diminta menghubungi pegawai penyiasat Abu Hudzaifah Abd Talib menerusi talian 014-8573727 atau e-mel hudzaifah@sprm.gov.my.

-- BERNAMA