Berita

Kemaskini: 13/10/2026 09:19 PM

Sekolah Di Sabah Ditutup Jika IPU Lebih 150 Tiga Hari Berturut-turut

KOTA KINABALU, 13 Okt (Bernama) -- Kerajaan Negeri Sabah mengarahkan semua sekolah di kawasan yang mencatat bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) melebihi 150 selama tiga hari berturut-turut, ditutup buat sementara waktu.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Zainudin Aman, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, berkata langkah itu diambil bagi melindungi murid dan guru daripada kesan buruk jerebu terhadap kesihatan.

“Langkah ini juga selaras dengan arahan Kementerian Pendidikan susulan titah nasihat Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Zainudin berkata setakat ini, semua sekolah di seluruh Tawau diarahkan tutup mulai esok berikutan keadaan jerebu yang semakin buruk di kawasan itu.

-- BERNAMA