Berita
Gempa Bumi Sederhana Bermagnitud 5.0 Di Perairan Sandakan
KOTA KINABALU, 6 Okt (Bernama) -- Kejadian gempa bumi sederhana bermagnitud 5.0 berlaku di perairan Sandakan pada 9.11 malam ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan pusat gempa berkenaan dikesan berkoordinat 4.9 darjah Utara dan 118.7 darjah Timur pada kedalaman 10 kilometer.
Menurut METMalaysia, lokasi episentrum gempa bumi itu terletak kira-kira 48 kilometer di timur Lahad Datu.
"Kesan gegaran akibat insiden berkenaan dilaporkan turut dirasai di sekitar kawasan Pantai Timur Sabah,” katanya.
Pihak METMalaysia mengesahkan akan terus memantau rapat perkembangan semasa susulan insiden gempa berkenaan.
Dalam pada itu, METMalaysia memohon kerjasama orang awam yang merasai gegaran tersebut untuk mengisi borang soal selidik menerusi pautan rasmi di https://forms.gle/fMioquNhRNQGCbZVA bagi membantu proses pengumpulan maklumat lapangan.
-- BERNAMA
Berita berkaitan
- MOF Tidak Pernah Arah Pembatalan Projek Jalan Luar Bandar - Tengku Zafrul
- Dua Projek Naik Taraf Jalan Luar Bandar Di Penampang Mendahului Jadual – Ewon
- Peruntukan RM18.7 Bilion Kepada Sabah Perlu Disasar Kepada Daerah Miskin, Selesai Isu Asas
- TFC Mahu Tamatkan Kemarau Kemenangan Di Sabah
- Kerajaan Persekutuan: Rayuan Geran Khas 40 Peratus Bukan Nafi Hak Sabah