Berita
Banjir Di Tawau Pulih Sepenuhnya, PPS Ditutup
KOTA KINABALU, 27 Julai (Bernama) -- Banjir yang melanda daerah Tawau diisytiharkan pulih sepenuhnya hari ini.
Susulan itu, pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Tawau ditutup secara rasmi pada 2 petang tadi.
Pengisytiharan penamatan bencana itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Tawau Mohd Shoffian Mohd Said dalam kenyataan hari ini.
“Keputusan itu dibuat berdasarkan maklumat dan laporan semasa daripada agensi keselamatan di lapangan. Semua 362 mangsa daripada 102 keluarga yang telah berlindung di PPS berkenaan pagi tadi telah pulang ke rumah masing-masing,” menurut kenyataan itu.
Kesemua mangsa terlibat adalah penduduk dari Kampung Tanjung Batu Keramat, Tanjung Batu Darat, Tanjung Batu Otentik dan Kampung Kinabutan Tiku Batu 6.
Tiada sebarang kemalangan jiwa direkodkan sepanjang tempoh bencana berkenaan melanda daerah itu.
Hujan berterusan sejak Jumaat lepas mengakibatkan Tawau dan kawasan sekitarnya dilanda banjir sebelum bencana diisytihar pada 8.30 pagi, Sabtu lepas.
-- BERNAMA
Berita berkaitan
- Ribut Petir, Hujan Lebat Di Beberapa Negeri Hingga 9 Malam Ini
- Stadium Likas Sekali Lagi Jadi Tuan Rumah Kelayakan AWCL
- Sabah FC Terima Tajaan RM4 Juta Bagi Musim 2026/2027
- Shafie Apdal Dipenjara Lima Minggu Hina Mahkamah Kes zara Qairina
- Peruntukan RM4.6 Bilion Tangani Isu Sekolah Daif Di Sabah Sejak 2023 - Wong