Berita
Ribut Petir, Hujan Lebat Di Beberapa Negeri Hingga 9 Malam Ini
KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa negeri di Semenanjung dan kawasan di Sabah serta Sarawak hingga 9 malam ini.
MetMalaysia memaklumkan kawasan terjejas ialah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Selangor, dan Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Jempol).
Amaran sama turut dikeluarkan bagi Johor yang melibatkan Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru, Terengganu (Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman) serta Pahang (Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin).
Sementara itu, di Sabah, kawasan terlibat ialah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar dan Ranau), Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat (Kota Marudu dan Pitas).
Di Sarawak pula, kawasan diramalkan terjejas ialah Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Kanowit), Kapit (Song), Bintulu (Bintulu), Miri (Subis, Miri dan Marudi) serta Limbang.
-- BERNAMA
Berita berkaitan
- Stadium Likas Sekali Lagi Jadi Tuan Rumah Kelayakan AWCL
- Sabah FC Terima Tajaan RM4 Juta Bagi Musim 2026/2027
- Shafie Apdal Dipenjara Lima Minggu Hina Mahkamah Kes zara Qairina
- Peruntukan RM4.6 Bilion Tangani Isu Sekolah Daif Di Sabah Sejak 2023 - Wong
- Sabah Sedia Insentif RM10,000 Kepada Pemenang Emas SUKMA