Berita
Jumlah Mangsa Banjir Di Tawau Kekal 362 Orang
KOTA KINABALU, 27 Julai (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir di Tawau kekal 362 orang daripada 102 keluarga pada 8 pagi ini.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan semua mangsa ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Tawau.
Semua mangsa merupakan penduduk dari empat kampung terjejas iaitu Kampung Tanjung Batu Keramat, Tanjung Batu Darat, Tanjung Batu Otentik dan Kampung Kinabutan Tiku Batu 6.
“Tiada laporan kemalangan jiwa atau kejadian tidak diingini diterima setakat ini,” menurut kenyataan itu.
Sekretariat itu memaklumkan bahawa pemantauan oleh agensi penyelamat terus dilaksanakan di lapangan, bagi memantau keadaan semasa, dengan beberapa kawasan kampung terjejas menunjukkan trend penurunan paras air.
Hujan berterusan sejak Jumaat lepas mengakibatkan Tawau dan kawasan sekitarnya dilanda banjir sebelum bencana diisytihar pada 8.30 pagi, Sabtu lepas.
-- BERNAMA
Kata kunci
Berita berkaitan
- Ribut Petir, Hujan Lebat Di Beberapa Negeri Hingga 9 Malam Ini
- Stadium Likas Sekali Lagi Jadi Tuan Rumah Kelayakan AWCL
- Sabah FC Terima Tajaan RM4 Juta Bagi Musim 2026/2027
- Shafie Apdal Dipenjara Lima Minggu Hina Mahkamah Kes zara Qairina
- Peruntukan RM4.6 Bilion Tangani Isu Sekolah Daif Di Sabah Sejak 2023 - Wong