Berita
Kemaskini: 26/07/2026 09:15 AM
Jumlah Mangsa Banjir Di Tawau Kekal Pagi Ini
Kredit: Sekretariat JPBN Sabah
KOTA KINABALU, 26 Julai (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir di Tawau yang ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS), kekal setakat 8 pagi ini.
Menurut kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah, semua 335 mangsa daripada 96 keluarga masih berlindung di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Tawau.
Kesemua mangsa merupakan penduduk dari Kampung Tanjung Batu Keramat, Tanjung Batu Darat, Tanjung Batu Otentik dan Kampung Kinabutan Tiku Batu 6.
"Tiada laporan kemalangan jiwa atau kejadian tidak diingini diterima setakat ini," menurut kenyataan itu, hari ini.
Hujan berterusan sejak Jumaat mengakibatkan Tawau dan kawasan sekitarnya dilanda banjir sebelum bencana diisytihar pada 8.30 pagi.
-- BERNAMA
Kata kunci
Berita berkaitan
- Ribut Petir, Hujan Lebat Di Beberapa Negeri Hingga 9 Malam Ini
- Stadium Likas Sekali Lagi Jadi Tuan Rumah Kelayakan AWCL
- Sabah FC Terima Tajaan RM4 Juta Bagi Musim 2026/2027
- Shafie Apdal Dipenjara Lima Minggu Hina Mahkamah Kes zara Qairina
- Peruntukan RM4.6 Bilion Tangani Isu Sekolah Daif Di Sabah Sejak 2023 - Wong