Berita
Wanita GRS Tubuh Lima Unit Strategik Perkukuh Jentera Parti
KOTA KINABALU, 22 Julai (Bernama) -- Wanita Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menubuhkan lima unit strategik bagi memperkukuh jentera dan gerakan parti itu dalam mendepani Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Ketua Wanita GRS Datuk Seri Azizah Mohd Dun berkata unit berkenaan merangkumi Unit Dasar dan Polisi, Unit Ekonomi, Unit Kesihatan, Unit Penerangan serta Unit Kebajikan dipersetujui dalam Mesyuarat Wanita GRS dipengerusikannya, di sini semalam.
Beliau dalam kenyataan hari ini berkata penubuhan unit-unit itu bertujuan merancang dan melaksanakan program berimpak tinggi, di samping memperkemas hubungan parti dengan masyarakat menerusi pendekatan yang lebih tersusun.
"Setiap unit mempunyai peranan yang jelas bagi memastikan jentera parti sentiasa proaktif dan bertindak pantas dalam mendepani isu semasa," katanya.
Azizah sendiri mengetuai Unit Dasar dan Polisi, manakala Unit Ekonomi diketuai Datuk Surinam Sadikun, Unit Kesihatan oleh Simi Linggom, Unit Penerangan oleh Datin Atin Belynda Buntot dan Unit Kebajikan oleh Datin Wong Siow Lee @ Mary Wong.
Beliau berkata Wanita GRS tidak boleh berada dalam zon selesa dan perlu sentiasa bersiap siaga memandangkan landskap politik sentiasa berubah.
"Politik adalah dinamik. Kita tidak boleh statik atau berada dalam zon selesa. Sebab itu Wanita GRS perlu sentiasa bermesyuarat, menyelaras gerak kerja dan bersedia menghadapi sebarang perubahan landskap politik.
-- BERNAMA
Kata kunci
Berita berkaitan
- Ribut Petir, Hujan Lebat Di Beberapa Negeri Hingga 9 Malam Ini
- Stadium Likas Sekali Lagi Jadi Tuan Rumah Kelayakan AWCL
- Sabah FC Terima Tajaan RM4 Juta Bagi Musim 2026/2027
- Shafie Apdal Dipenjara Lima Minggu Hina Mahkamah Kes zara Qairina
- Peruntukan RM4.6 Bilion Tangani Isu Sekolah Daif Di Sabah Sejak 2023 - Wong