Berita Terkini
Jerebu: Semua Institusi Pendidikan Di Negeri Sembilan Ditutup Esok
SEREMBAN, 8 Okt (Bernama) -- Semua institusi di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan keadaan jerebu yang melanda negeri berkenaan.
Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) memaklumkan penutupan itu dibuat selaras dengan kenyataan KPM hari ini berdasarkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) di tiga stesen pemantauan di negeri berkenaan, iaitu Port Dickson, Seremban dan Nilai pada 5 petang.
"Institusi pendidikan yang terjejas hendaklah melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah bagi memastikan kelangsungan pembelajaran murid, dengan mengambil kira kemampuan, akses dan keperluan murid serta kesiapsiagaan guru.
"Guru-guru dan anggota kumpulan pelaksana turut dibenarkan bekerja dari rumah sepanjang tempoh pelaksanaan penutupan... keselamatan, kesihatan dan kebajikan murid serta warga pendidik sentiasa menjadi keutamaan JPNS,” menurut kenyataan dikeluarkan jabatan itu di sini.
Kenyataan itu memaklumkan JPNS dan Pejabat Pendidikan Daerah serta institusi pendidikan akan terus memantau bacaan IPU dari semasa ke semasa selain mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan perkembangan serta ketetapan KPM.
Ibu bapa dan penjaga turut dinasihatkan supaya sentiasa peka terhadap perkembangan semasa serta memberikan kerjasama bagi memastikan keselamatan dan kesihatan anak-anak sepanjang tempoh keadaan jerebu.
-- BERNAMA
Kata Kunci berkaitan
Berita Lain
- Belanjawan N.Sembilan Tetap Dibentang Walau Tanpa Exco - Ismail
- Kes Pelajar Maut: Dua Remaja Didakwa Esok
- Krisis Negeri Sembilan: Undang Johol, Tiga Bekas Undang Tarik Balik Semakan Kehakiman
- Negeri Sembilan Catat RM41.5 Bilion Pelaburan Diluluskan Sejak 2023
- Belanjawan 2027: Negeri Sembilan Mohon Tumpuan Infrastruktur, Air, Bencana