Berita Terkini

Tarikh Dikeluarkan: 08/11/2026 01:33 PM

Ribut Petir Diramal Landa Lima Negeri Hingga 3 Petang - MetMalaysia

Ribut Petir Diramal Landa Lima Negeri Hingga 3 Petang - MetMalaysia

KUALA LUMPUR 8 Nov (Bernama) -- Ribut petir, hujan lebat serta angin kencang diramal melanda beberapa kawasan di lima negeri hingga 3 petang ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan cuaca buruk itu dijangka melanda seluruh Johor dan Melaka.

Di Sabah, kawasan terlibat ialah Pantai Barat dan Pedalaman merangkumi Keningau, Pensiangan, Tambunan dan Sook, Kudat, Sandakan (Paitan, Labuk dan Sugut, Sandakan, Tongod dan Telupid) dan Tawau (Kalabakan dan Tawau).

Cuaca sama turut diramalkan melanda beberapa kawasan di Pahang iaitu Temerloh, Pulau Tioman, Bera dan Rompin, serta Negeri Sembilan yang melibatkan daerah Jempol, Tampin, Seremban, Rembau dan Kuala Pilah.

-- BERNAMA