Berita Terkini
Jemaah Solat Zuhur Di Masjid Jamek Kuala Klawang Wajib Qada - Mufti
SEREMBAN, 4 Nov (Bernama) -- Jemaah yang menunaikan solat Zuhur di Masjid Jamek Kuala Klawang, Jelebu pada 30 Okt lepas diwajibkan mengqada solat berkenaan kerana ia tidak sah, kata Mufti Kerajaan Negeri Sembilan Datuk Dr Faudzinaim Badaruddin.
Beliau berkata ketetapan itu selaras dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan berhubung isu kegagalan mendirikan solat Jumaat di masjid itu pada tarikh berkenaan.
"Umat Islam di negeri ini dinasihatkan supaya sentiasa memelihara kefarduan solat Jumaat dan tidak mengambil mudah perkara yang telah ditetapkan oleh syarak.
"Pelaksanaan ibadat dan meninggalkan perselisihan perlu diutamakan ketika berada di masjid dan surau," katanya dalam kenyataan hari ini.
Faudzinaim berkata semua pihak yang diberikan amanah dalam pengurusan masjid dan surau hendaklah melaksanakan tanggungjawab masing-masing dengan penuh integriti bagi memastikan syiar Islam terus terpelihara.
-- BERNAMA
Kata Kunci berkaitan
Berita Lain
- KPDN Tingkat Pemantauan Penggunaan Logo Halal, Elak Salah Guna
- Hasil Tanah Negeri Sembilan Cecah RM404.04 Juta Setakat September – MB
- Google Peruntuk RM651 Juta Bagi Pembangunan Infrastruktur Air Guna Sama Di Negeri Sembilan
- DKU Dibenarkan Mencelah Saman Pemula Berhubung Isu Pembatalan Pelantikan Exco NS
- Sembilan Maut Dalam Nahas Pesawat Di Florida, AS