Berita Terkini
Ismail Sahkan Keputusan Exco Negeri Sembilan Berhubung Kedudukan Tuanku Muhriz
SEREMBAN, 17 Sept (Bernama) -- Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Ismail Lasim hari ini mengesahkan kenyataan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri seperti dilaporkan semalam berhubung kedudukan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.
Ismail berkata Surat Cara Proklamasi telah dibincangkan dan diputuskan secara sebulat suara oleh semua ahli Exco Kerajaan Negeri dalam mesyuarat pada Selasa lepas.
"Proses pewartaan sudah pun Exco minta Setiausaha Kerajaan Negeri untuk meneruskan pewartaan dengan mengikut peraturan sedia ada," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyampaian Anugerah Siswazah Cemerlang Yayasan Negeri Sembilan di sini hari ini.
Media semalam melaporkan Kerajaan Negeri Sembilan membuat keputusan kolektif bahawa proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan adalah sah.
Menerusi satu kenyataan, perkara tersebut diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Negeri Sembilan yang bersidang pada Selasa dan dipengerusikan Ismail.
-- BERNAMA
Kata Kunci berkaitan
Berita Lain
- Polis Tahan Dua Remaja Disyaki Bekal Vape Mengandungi Dadah Kepada Pelajar Di N.Sembilan
- Pemandu Kenderaan Berat Diingatkan Peka Zon Titik Buta
- Jemaah Solat Zuhur Di Masjid Jamek Kuala Klawang Wajib Qada - Mufti
- KPDN Tingkat Pemantauan Penggunaan Logo Halal, Elak Salah Guna
- Hasil Tanah Negeri Sembilan Cecah RM404.04 Juta Setakat September – MB