Berita Terkini

Tarikh Dikeluarkan: 17/08/2026 06:17 PM

Program Amal "Charity Ride" Perkukuh Hubungan PDRM, Masyarakat - Ismail

Program Amal "Charity Ride" Perkukuh Hubungan PDRM, Masyarakat - Ismail
Kredit: Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan (MBNS)

SEREMBAN, 17 Ogos (Bernama) -- Program Amal Konvoi Charity Ride bersempena dengan Sambutan Hari Polis ke-219 dan Ambang Merdeka ke-69, menjadi contoh pendekatan community policing yang baik, dalam memperkukuh hubungan antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan masyarakat.

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Ismail Lasim berkata pogram anjuran PDRM Kontinjen Negeri Sembilan dan Ipoh Superbike Club itu, melibatkan 150 peserta yang menggabungkan elemen kebajikan, hubungan polis dengan masyarakat serta semangat patriotisme.

Beliau berkata hubungan antara polis dan masyarakat tidak seharusnya terbatas kepada ketika berlakunya sesuatu isu keselamatan, sebaliknya perlu dibina melalui interaksi, kebersamaan dan aktiviti kemasyarakatan.

Program Amal "Charity Ride" Perkukuh Hubungan PDRM, Masyarakat - Ismail
Kredit: Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan (MBNS)

“Lebih penting program ini bukan sekadar perjalanan merentas negeri, saya difahamkan peserta akan singgah di kontinjen dan lokasi yang ditetapkan, untuk menyampaikan sumbangan kepada 120 keluarga warga PDRM dan 12 rumah kebajikan.

“Bagi saya inilah nilai sebenar sebuah program amal. Kita bukan sahaja meraikan sambutan Hari Polis dan Ambang Merdeka, tetapi memastikan sambutan tersebut turut memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan,” katanya ketika berucap pada Program Amal Konvoi Charity Ride bersempena dengan Sambutan Hari Polis, di sini hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri Juasseh itu berkata semangat dibawa melalui konvoi itu, perlu diterjemahkan dalam bentuk kerjasama yang lebih erat antara PDRM dengan masyarakat, selain bersama-sama menghargai keamanan yang diikmati dan menjaga keharmonian negara dengan baik.

Program Amal "Charity Ride" Perkukuh Hubungan PDRM, Masyarakat - Ismail
Kredit: Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan (MBNS)

Konvoi amal yang berlangsung selama lima hari bermula di Negeri Sembilan akan merentasi 10 negeri antaranya Perak, Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang dan berakhir di Kuala Lumpur pada 21 Ogos.

-- BERNAMA