Berita Terkini
PRN NS: 37.29 Peratus Keluar Mengundi Setakat 12 Tengah Hari - SPR
SEREMBAN, 1 Ogos (Bernama) -- Sebanyak 37.29 peratus atau 320,627 daripada keseluruhan 859,760 pengundi berdaftar telah menunaikan tanggungjawab masing-masing pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16, setakat 12 tengah hari ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Juasseh mencatatkan peratus keluar mengundi tertinggi setakat ini dengan 43.5 peratus, diikuti DUN Chennah (43.4 peratus) dan DUN Senaling (42.8 peratus).
DUN Lukut merekodkan peratusan keluar mengundi terendah iaitu sekitar 32.1 peratus.
Sebagai perbandingan, jumlah keluar mengundi bagi tempoh sama pada PRN ke-15 ialah 35.44 peratus atau 297,024 daripada 838,200 pengundi.
Bagi mendapatkan berita terkini mengenai PRN Negeri Sembilan ke-16, layari https://prn.bernama.com/n9.
-- BERNAMA
Kata Kunci berkaitan
Berita Lain
- PRN NS: 51.58 Peratus Keluar Mengundi Setakat 2 Petang - SPR
- PRN NS: Empat Sekeluarga Teruja Mengundi Bersama Pertama Kali
- PRN NS: Trafik Perlahan Di Beberapa Jalan Utama, Orang Ramai Pulang Mengundi
- PRN NS: Kesibukan Tidak Halang Petugas Bernama Tunai Tanggungjawab Mengundi
- PRN NS: Telepok Tradisional Serlah Semangat Pengundi Wanita Orang Asli Temuan