Berita Terkini
PRN NS: Bersatu Lancar Manifesto Garis Sembilan Tunjang Utama
NILAI, 25 Julai (Bernama) -- Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hari ini melancarkan manifesto parti itu yang menggariskan sembilan tunjang utama bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16.
Manifesto bertemakan “Tawaran Bersatu Demi Nismilan” itu dilancarkan Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini petang ini.
Tunjang pertama manifesto itu memberi fokus kepada tadbir urus, diikuti tunjang kedua merangkumi aspek pertumbuhan ekonomi, tunjang ketiga meliputi usaha merancakkan sektor pelancongan dan tunjang keempat merangkumi bidang pertanian dan perladangan.
Tunjang kelima manifesto pula meliputi segmen pendidikan, perihal pemerkasaan golongan belia (tunjang keenam), pemerkasaan wanita (tunjang ketujuh), keperluan warga FELDA (tunjang kelapan) manakala tunjang terakhir menumpukan kepada usaha meningkatkan kesejahteraan rakyat.
Pengundian awal PRN Negeri Sembilan ditetapkan pada Selasa ini manakala hari mengundi 1 Ogos.
Bagi mendapatkan berita terkini PRN Negeri Sembilan ke-16, layari https://prn.bernama.com/n9.
-- BERNAMA
Kata Kunci berkaitan
Berita Lain
- PRN NS: Pengundi Digalak Ikut Waktu Yang Disyorkan, Dilarang Guna Telefon Bimbit Ketika Undi
- Laporan Penuh RCI Tabung Haji Didedah Secara Telus, Tanpa Tapisan - Anwar
- PRN NS: Anwar Seru Pengundi Keluar Mengundi, Beri Peluang PH Teruskan Agenda Kestabilan
- RM328 Juta Untuk Laksana 24 Projek Pembangunan Kesihatan Di Negeri Sembilan
- PRN NS: Polis Terima 87 Laporan, 23 Kertas Siasatan Dibuka