Berita
MetMalaysia Keluar Amaran Cuaca Panas Tahap 1 Di 17 Kawasan
KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Bernama) -- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan status cuaca panas Tahap 1 atau kategori berjaga-jaga bagi 17 kawasan.
Menurut kenyataan MetMalaysia, daripada jumlah itu, 11 kawasan adalah di Semenanjung membabitkan Larut dan Matang, Kuala Kangsar, Kampar serta Batang Padang di Perak; Kuala Krai di Kelantan; Kuantan, Raub, Temerloh dan Pekan di Pahang; serta Hulu Selangor dan Gombak di Selangor.
Sementara itu, lima kawasan di Sabah yang turut berada pada Tahap 1 ialah Telupid, Tenom, Sandakan, Pitas dan Beluran, manakala kawasan yang direkodkan di Sarawak melibatkan daerah Marudi.
MetMalaysia memaklumkan status Tahap 1 itu dikeluarkan apabila suhu maksimum harian di sesuatu kawasan mencecah 35 hingga 37 darjah Celsius untuk sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.
Orang ramai boleh merujuk laman web rasmi jabatan itu melalui https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/ untuk mendapatkan maklumat terkini tentang status cuaca panas harian di seluruh negara.
-- BERNAMA
Kata kunci
Berita berkaitan
- Kerajaan Belum Tetap Lokasi Living Lab Ekonomi Altitud Rendah Di Sabah -- MITI
- SJA Cadang Perluas Skop Bantuan Tabung Kasih@HAWANA Untuk Saringan Kesihatan
- Sabah Terima 780 Lembu Pedaging Dari Australia, Tingkat Produktiviti Ternakan
- MCMC Tambah Lebih 1,000 Titik Akses Wi-Fi Di UMS
- Tabung Kasih @ HAWANA Ringankan Beban, Tingkat Motivasi Pengamal Media