Berita
Ribut Petir, Hujan Lebat Diramal Landa Empat Negeri, Labuan Hingga 1 Tengah Hari Ini
KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan empat negeri dan Labuan sehingga 1 tengah hari ini.
Menurut kenyataan pada 8.55 pagi, MetMalaysia memaklumkan cuaca buruk itu dijangka melanda Pahang (Lipis, Raub, Jerantut, Temerloh, Maran dan Bera) serta Johor melibatkan kawasan Mersing dan Kota Tinggi.
Amaran sama turut dikeluarkan bagi negeri Sarawak (Kuching, Serian (Serian), Samarahan, Sri Aman (Sri Aman) dan Betong (Pusa dan Betong) serta Sabah melibatkan kawasan Pedalaman (Kuala Penyu).
Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir merupakan amaran jangka pendek yang berkuat kuasa untuk tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.
-- BERNAMA
Kata kunci
Berita berkaitan
- Piala Malaysia: Melaka Mara Ke Suku Akhir Selepas Singkirkan Sabah
- Duta AS Ucap Selamat Tinggal Kepada Sabah, Janji Akan Kembali Untuk Tawan Gunung Kinabalu
- Program ETA Fulbright Jadi Pemangkin Hubungan Erat AS-Malaysia - Duta
- Arthur Kurup Diharap Pacu Momentum Baharu BN Sabah Menjelang PRU16 – Ahmad Zahid
- Kerajaan MADANI Utamakan Sabah, Terima Peruntukan Luar Bandar Tertinggi – TPM Ahmad Zahid