Berita Terkini
Perhilitan N.Sembilan Pasang Kamera Perangkap Kesan Harimau Kumbang Di Kawasan Perumahan
SEREMBAN, 21 Nov (Bernama) -- Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan akan memasang kamera perangkap bagi mengesan kehadiran harimau kumbang susulan aduan mengenai kelibat haiwan liar itu yang didakwa di kawasan perumahan Laman Sendayan, di sini.
Pengarahnya Wan Mat Wan Harun berkata tindakan itu bagi memastikan kesahihan aduan berkenaan sebelum tindakan lanjut diambil.
“Lokasi aduan (kehadiran harimau kumbang) terletak kira-kira 12 kilometer dari Hutan Simpan Kekal Galah. Perhilitan menerima laporan kira-kira 2 petang tadi dan pasukan akan memasang kamera perangkap itu petang ini," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Beliau menasihati orang ramai supaya berhati-hati sekiranya terserempak haiwan liar itu dan tidak melakukan provokasi atau mengambil tindakan sendiri serta segera menghubungi Perhilitan untuk tindakan lanjut.
Hari ini, tular beberapa gambar dimuat naik pengguna menerusi media sosial memaparkan haiwan itu berkeliaran dipercayai mencari makanan di kawasan berkenaan.
-- BERNAMA
Kata Kunci berkaitan
Berita Lain
- PHNS Sifatkan Pendirian MB Selari Dengan Prinsip Sejak Awal Krisis
- 24 Adun BN, PN Negeri Sembilan Sepakat Patuhi Keputusan Pucuk Pimpinan
- Urusan Pentadbiran N. Sembilan Perlu Ikut Tertib Perlembagaan - Mohamad Hasan
- Istana Negeri Sembilan: Ismail Lasim Mesti Buktikan Sokongan Majoriti Untuk Kekal Sebagai MB
- Banjir Di Selangor, Perak, Negeri Sembilan Semakin Pulih, PPS Di Pahang Tutup Sepenuhnya