Berita Terkini

Tarikh Dikeluarkan: 30/10/2026 01:32 PM

Tarikh Sidang DUN Negeri Sembilan Tertakluk Perkenan Tuanku Muhriz - MB

Tarikh Sidang DUN Negeri Sembilan Tertakluk Perkenan Tuanku Muhriz - MB
Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Ismail Lasim ketika berucap pada majlis perasmian Perpatih Fest 2026 bertemakan “Adat Dijaga, Warisan Terpelihara” di sini hari ini.

SEREMBAN, 30 Okt (Bernama) -- Kerajaan Negeri Sembilan sedang mendapatkan perkenan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berhubung tarikh persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan akan datang.

Menteri Besar Datuk Ismail Lasim berkata persidangan berkenaan kekal dirancang selama lima hari bermula pada 26 Nov, tertakluk kepada perkenan baginda.

“Kita sedang berusaha (mendapatkan perkenan), tetapi perancangan seperti yang saya katakan sebelum ini (lima hari persidangan). Jadi kita tengok macam mana,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perpatih Fest 2026 bertemakan “Adat Dijaga, Warisan Terpelihara” di sini hari ini.

Mengulas kenyataan beberapa pihak mengenai kemungkinan DUN terbubar dengan sendiri sekiranya persidangan tidak diadakan sehingga Februari tahun depan, Ismail berkata perkara itu perlu diteliti dari sudut peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan.

Sebelum ini, kerajaan negeri merancang untuk mengadakan persidangan DUN bermula 26 Nov, diikuti pembentangan Belanjawan Negeri 2027 pada 27 Nov.

-- BERNAMA