Berita Terkini
Belanjawan 2027: Negeri Sembilan Fokus Keutamaan Rakyat, Penjawat Awam - Ismail
SEREMBAN, 24 Okt (Bernama) -- Kerajaan Negeri Sembilan memberikan tumpuan kepada persiapan Belanjawan 2027 yang dijadualkan dibentangkan pada hujung bulan depan, dengan keperluan lebih 1.2 juta penduduk dan hampir 6,000 penjawat awam negeri menjadi antara keutamaan.
Menteri Besar Datuk Ismail Lasim berkata beliau bersama-sama pasukan pentadbiran kerajaan negeri sedang merancang belanjawan yang merangkumi keperluan setiap lapisan masyarakat di negeri itu.
"Kerajaan negeri mahu 1.2 juta penduduk dan hampir 6,000 penjawat awam negeri mendapat nikmat dan manfaat terbaik dalam belanjawan ini.
“Kerajaan negeri akan menyalurkan jumlah yang cukup bagi menjayakan Belanjawan 2027,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata masa yang ada dimanfaatkan untuk mengadakan mesyuarat serta pertemuan bersama-sama pihak berkepentingan, dan meneliti pelbagai input bagi memastikan belanjawan itu dapat dilaksanakan dengan berkesan.
Dalam pada itu, Ismail turut menafikan peletakan jawatan sebagai Menteri Besar seperti dilaporkan media baru-baru ini.
Beliau berkata rakyat di negeri ini mempunyai harapan tinggi terhadap kerajaan yang memerintah.
-- BERNAMA
Kata Kunci berkaitan
Berita Lain
- Sembilan Individu Didakwa Jadi Ahli "Geng Yunaa"
- MAINS Peruntuk RM10.99 Juta Untuk Inisiatif Zakat Prihatin 2026
- Lelaki Ditahan Bantu Siasatan Sebar Kandungan Berunsur Hasutan Di Media Sosial
- Bantuan RM1,000 Beri Kelegaan Kepada Pemandu Teksi Menjelang Deepavali
- PDRM Tunggu Arahan AGC Berhubung Siasatan Dakwaan Ismail Dipaksa Tandatangani Proklamasi