Berita Terkini
Menteri Besar Baharu Negeri Sembilan Ziarah Pusara Orang Tua Di Juasseh
KUALA PILAH, 2 Ogos (Bernama) -- Menteri Besar Negeri Sembilan yang baharu Datuk Ismail Lasim meluangkan masa menziarahi pusara ibu dan bapanya di Tanah Perkuburan Islam Tebing Tinggi di sini selepas mengangkat sumpah jawatan pada hari ini.
Beliau yang ditemani isteri Datin Noraishah Othman juga kelihatan sebak semasa berdoa di pusara orang tuanya.
Bapanya Lasim Yaman meninggal dunia pada 5 Mac 2020 pada usia 97 tahun manakala ibunya Bedah Othman pada 16 Sept 2014.
Terdahulu, Ismail yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Juasseh pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar di hadapan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Istana Besar Seri Menanti di sini.
Keputusan PRN Negeri Sembilan semalam menyaksikan Barisan Nasional (BN) berjaya memperoleh 18 kerusi DUN manakala Perikatan Nasional (PN) mendapat tujuh kerusi, sekali gus membolehkan dua gabungan itu membentuk kerajaan negeri dengan majoriti dua pertiga.
-- BERNAMA
Kata Kunci berkaitan
Berita Lain
- Kerajaan N. Sembilan Terus Dukung, Muliakan Institusi Diraja - MB
- Senarai Exco Negeri Sembilan Dimuktamad Selewatnya Jumaat Ini - MB
- MB Negeri Sembilan Umum Cuti Peristiwa Esok
- PRN Melaka: BN Melaka Terbuka Bekerjasama Dengan Mana-mana Pihak
- DAP Akan Buat Penilaian Menyeluruh Keputusan PRN Negeri Sembilan - Gobind