Berita Terkini
Proses Pengiraan Undi Pos Bermula Petang Ini
SEREMBAN, 1 Ogos (Bernama) -- Pengiraan kertas undi pos yang telah dikeluarkan kepada individu yang layak mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16, bermula petang ini.
Proses pengiraan yang bermula 5 petang ini dan dilaksanakan pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), dengan disaksikan wakil calon daripada semua parti atau individu yang bertanding, di lapan pusat penjumlahan rasmi undi di seluruh negeri ini.
Ia melibatkan pengiraan kertas undi pos sebanyak kira-kira 12,000.
Pada 20 Julai, Setiausaha SPR Datuk Khairul Shahril Idrus dilapor berkata sebanyak 13,263 kertas undi pos dikeluarkan kepada individu yang layak mengundi di PRN berkenaan.
Sebanyak 12,669 kertas undi pos dikeluarkan kepada petugas pilihan raya, ahli dan pegawai SPR, anggota polis, anggota tentera serta petugas media di bawah Kategori 1A.
Selain itu, sebanyak 343 kertas undi pos dikeluarkan kepada warganegara Malaysia yang menetap di luar negara di bawah Kategori 1B, manakala 251 lagi kepada pegawai daripada 11 agensi dalam sektor keselamatan dan kesihatan di bawah Kategori 1C.
Bagi mendapatkan berita terkini mengenai PRN Negeri Sembilan ke-16, layari https://prn.bernama.com/n9.
-- BERNAMA
Kata Kunci berkaitan
Berita Lain
- BN Junjung Kasih Perkenan Tuanku Muhriz Pelantikan Ismail Sebagai MB N. Sembilan Baharu
- Menteri Besar Baharu Negeri Sembilan Ziarah Pusara Orang Tua Di Juasseh
- Kerajaan N. Sembilan Terus Dukung, Muliakan Institusi Diraja - MB
- Senarai Exco Negeri Sembilan Dimuktamad Selewatnya Jumaat Ini - MB
- MB Negeri Sembilan Umum Cuti Peristiwa Esok