Berita Terkini
PRN Negeri Sembilan: Fuziah Puas Hati Gerak Kerja Jentera, Calon PH
SEREMBAN, 24 Julai (Bernama) -- Setiausaha Agung PKR Datuk Dr Fuziah Salleh berpuas hati dengan gerak kerja kempen jentera dan calon Pakatan Harapan (PH), khususnya daripada PKR dalam menyantuni pengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16.
Beliau berkata setakat ini, gerak kerja yang dijalankan amat tersusun selain calon yang diketengahkan PH menerima sambutan positif daripada rakyat.
“Berdasarkan pergerakan calon dan jentera, kita dapati sambutan daripada pengundi itu cukup amat baik. Di luar bandar kita membawa isu luar bandar, manakala di bandar kita memberikan fokus kepada isu setempat yang lebih dekat dengan rakyat," katanya kepada pemberita hari ini.
Fuziah yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup berkata demikian selepas program sesi dialog awam bersama-sama mahasiswa di sini.
Beliau juga yakin prestasi cemerlang pentadbiran kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun yang juga calon PH bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi sepanjang lapan tahun lepas, turut memberikan keyakinan kepada pengundi untuk mengekalkan mandat kepada PH.
“Insya-Allah rakyat sedar bahawa mereka telah menerima banyak manfaat daripada kerajaan Pakatan Harapan di bawah kepimpinan Tok Min (Aminuddin)," katanya.
Pengundian awal PRN Negeri Sembilan ditetapkan pada 28 Julai, manakala hari mengundi pada 1 Ogos ini.
Bagi mendapatkan berita terkini tentang PRN Negeri Sembilan ke-16, layari https://prn.bernama.com/n9.
-- BERNAMA
Kata Kunci berkaitan
Berita Lain
- Pemimpin Kerajaan Perpaduan Komited Untuk Terus Bekerjasama - Ahmad Zahid
- PRN NS: BN Cadang Wujudkan Pegawai Khas Orang Asli Di Pejabat MB Jika Diberi Mandat
- Jangan Fitnah Saya, Jangan Menang Melalui Fitnah - PM Anwar
- Tuanku Muhriz Tunai Solat Jumaat Di Masjid Jamek Yamtuan Raden Kuala Pilah
- PRN NS: Pusat Undi Awal Ditutup Secara Berperingkat Selasa Ini