Berita Terkini
MCMC Siasat Kandungan Media Sosial Berkaitan Institusi Diraja
PUTRAJAYA, 18 Okt (Bernama) -- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah memulakan siasatan berhubung kandungan yang dimuat naik melalui platform media sosial Threads dan disyaki mengandungi unsur penghinaan terhadap institusi diraja Negeri Sembilan.
MCMC dalam kenyataan hari ini memaklumkan kandungan berkenaan menyentuh isu berkaitan kedudukan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.
Sebagai sebahagian daripada proses siasatan, MCMC telah merakam percakapan seorang individu di Balai Polis Labu bagi mendapatkan maklumat dan mengenal pasti fakta berkaitan.
“Turut disita bagi membantu siasatan ialah satu unit telefon bimbit berserta eSIM untuk tujuan analisis forensik. Kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588],” menurut kenyataan itu.
MCMC turut meneliti aspek penyebaran kandungan itu melalui platform media sosial dan akan bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan berkaitan sekiranya terdapat unsur kesalahan lain yang memerlukan tindakan di bawah undang-undang berkuat kuasa.
MCMC menegaskan kebebasan bersuara hendaklah dilaksanakan secara bertanggungjawab, berlandaskan undang-undang serta menghormati institusi diraja.
Sebarang tindakan penguatkuasaan akan dilaksanakan berdasarkan fakta, bukti dan proses perundangan yang sewajarnya.
-- BERNAMA
Kata Kunci berkaitan
Berita Lain
- Ahmad Zahid Seru ADUN BN N.Sembilan Utamakan Kebajikan Rakyat
- STL 2026: NS Antlers Bakal Terima RM50,000 Jika Muncul Juara Keseluruhan
- Sekolah Di Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang Dan Pulau Pinang Kembali Dibuka Esok
- KPM Serah Kepada Polis Siasat Penemuan Bungkusan Misteri Di Sekolah Di Negeri Sembilan
- Percubaan Turunkan Tuanku Muhriz Perlu Patuhi Kehendak Perlembagaan - Badan Peguam