Berita Terkini
KPM Serah Kepada Polis Siasat Penemuan Bungkusan Misteri Di Sekolah Di Negeri Sembilan
MELAKA, 17 Okt (Bernama) -- Kementerian Pendidikan (KPM) menyerahkan sepenuhnya siasatan berkaitan penemuan bungkusan misteri di beberapa sekolah di Negeri Sembilan semalam, kepada pihak polis.
Menteri Pendidikan Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata KPM mengambil pendekatan sentiasa berwaspada terhadap sebarang penemuan barangan dalam keadaan mencurigakan di semua sekolah di seluruh negara.
"Jadi, kita mohon untuk semua pengetua, guru besar dan warga sekolah supaya berada dalam keadaan yang sentiasa bersedia, apatah lagi dalam isu-isu yang melibatkan keselamatan sekolah.
"Sekali lagi, kita ucapkan terima kasih kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang telah memastikan keseluruhan aspek keselamatan itu diberi keutamaan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Pertemuan Kelab Perempuan Membaca "Fadhlina Membaca" bersama dengan Menteri Pendidikan di sini, hari ini.
Semalam, Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad mengesahkan pihaknya menerima sembilan laporan berhubung penemuan bungkusan mencurigakan di beberapa sekolah di Nilai dan Tampin.
Alzafny dilaporkan berkata hasil pemeriksaan mendapati kesemua kotak itu mengandungi tepung gandum dan pinggan plastik.
-- BERNAMA
Kata Kunci berkaitan
Berita Lain
- Ahmad Zahid Seru ADUN BN N.Sembilan Utamakan Kebajikan Rakyat
- STL 2026: NS Antlers Bakal Terima RM50,000 Jika Muncul Juara Keseluruhan
- Sekolah Di Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang Dan Pulau Pinang Kembali Dibuka Esok
- MCMC Siasat Kandungan Media Sosial Berkaitan Institusi Diraja
- Percubaan Turunkan Tuanku Muhriz Perlu Patuhi Kehendak Perlembagaan - Badan Peguam