Berita Terkini
Mesyuarat 25 Adun Fokus Khidmat Rakyat, Bukan Isu Istana - Jalaluddin
KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Pertemuan khas bersama 25 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Negeri Sembilan malam ini tidak membincangkan sesi menghadap Menteri Besar Datuk Ismail Lasim dengan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata pertemuan itu sebaliknya lebih tertumpu kepada usaha memastikan semua wakil rakyat blok kerajaan terus komited melaksanakan amanah di kawasan masing-masing, selain memperkukuh parti.
Beliau berkata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut mengingatkan barisan ADUN berkenaan supaya tidak terkesan dengan perkembangan semasa dan terus mengutamakan khidmat kepada rakyat susulan situasi politik di negeri itu.
“Kita bagi satu naratif, satu petua supaya ADUN, 25 ADUN yang ada ini menjalankan tugas di kawasan masing-masing, perkukuhkan parti dan juga tunaikan tanggungjawab sebagai wakil rakyat,” katanya kepada pemberita selepas pertemuan itu di Menara Dato’ Onn di sini malam ini.
Jalaluddin berkata pertemuan berkenaan turut dihadiri Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Setiausaha Agung BN Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.
-- BERNAMA
Kata Kunci berkaitan
Berita Lain
- Ismail Sahkan Tarik Balik Surat Kepada Raja-Raja Melayu, Sokong Tuanku Muhriz
- 261 Anggota, Pegawai Polis N. Sembilan Ditugaskan Bantu PRN Melaka
- EcoWorld, NS Corp Sasar Potensi Kerjasama Bangunkan Penyelesaian Bekalan Air Industri
- Ahmad Zahid Yakin Kemelut Negeri Sembilan Akan Selesai Dalam Masa Terdekat
- Negeri Sembilan Kekal Sifar Miskin Tegar Empat Tahun Berturut-turut