Berita Terkini
Isu Kedudukan Tuanku Muhriz: MB Nafi Penglibatan Ahmad Zahid
SEREMBAN, 8 Sept (Bernama) -- Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Ismail Lasim menafikan dakwaan penglibatan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam sebarang usaha menjatuhkan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.
Ismail berkata isu yang melibatkan adat di Negeri Sembilan ini diharapkan dapat diselesaikan dengan baik, penuh hikmah dan mengikut lunas undang-undang demi menjamin kestabilan, keharmonian dan kesejahteraan rakyat di negeri ini.
"Merujuk kepada laporan yang disiarkan oleh The Straits Times hari ini (8 Sept) saya ingin menafikan dakwaan penglibatan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam sebarang usaha untuk menjatuhkan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Ismail berkata beliau sentiasa menyokong Presiden UMNO serta seluruh barisan kepimpinan parti yang sentiasa menjunjung, mempertahankan dan memelihara keluhuran institusi Raja Melayu serta prinsip Raja Berperlembagaan.
-- BERNAMA
Kata Kunci berkaitan
Berita Lain
- Tuanku Muhriz Tidak Berangkat Hadiri Mesyuarat Majlis Raja-raja, Tumpu Urusan Negeri
- Jerebu: Sekolah Di Beberapa Negeri Dibuka Semula Esok Susulan Penurunan IPU
- DAP Tidak Terlibat Cetuskan Krisis Di Negeri Sembilan - Loke
- Sekolah Di Negeri Sembilan Beroperasi Seperti Biasa Esok
- Belanjawan 2027: Prasarana Lebih Baik Pacu Pelaburan Negeri Sembilan, Tingkat Akses - Ismail Lasim