Berita Terkini
Kerajaan N. Sembilan Zahir Sokongan Penuh Kepada Tuanku Muhriz
SEREMBAN, 6 Sept (Bernama) -- Menteri Besar Datuk Ismail Lasim bersama kerajaan negeri menzahirkan sokongan penuh serta taat setia kepada Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.
Ismail dalam kenyataan hari ini berkata fokusnya kini adalah untuk menjalankan amanah sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan demi kepentingan rakyat dan negeri.
“Saya mengambil maklum kenyataan media yang dikeluarkan Undang Yang Empat semalam. Apa jua pandangan Undang Yang Empat adalah hak mereka,” katanya.
Semalam, Sekretariat Undang Yang Empat dalam kenyataan menuntut pentadbiran kerajaan negeri, terutama Setiausaha Kerajaan Negeri mematuhi proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz yang didakwa ditandatangani oleh Ismail di Istana Laguna Biru, Port Dickson pada 3 Ogos lepas.
-- BERNAMA
Kata Kunci berkaitan
Berita Lain
- Belanjawan 2027: Negeri Sembilan Fokus Keutamaan Rakyat, Penjawat Awam - Ismail
- Sembilan Individu Didakwa Jadi Ahli "Geng Yunaa"
- MAINS Peruntuk RM10.99 Juta Untuk Inisiatif Zakat Prihatin 2026
- Lelaki Ditahan Bantu Siasatan Sebar Kandungan Berunsur Hasutan Di Media Sosial
- Bantuan RM1,000 Beri Kelegaan Kepada Pemandu Teksi Menjelang Deepavali