Berita Terkini
Tarikh Dikeluarkan: 01/08/2026 09:37 PM
Aminuddin Tewas Di DUN Linggi
Menteri Besar Negeri Sembilan merangkap calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.32 Linggi Datuk Seri Aminuddin Harun mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan di Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar hari ini.
-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
SEREMBAN, 1 Ogos (Bernama) -- Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun tewas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi pada Pilihan Raya Negeri Negeri Sembilan ke-16 dalam saingan tiga penjuru.
Berdasarkan keputusan tidak rasmi, Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Sembilan itu tewas kepada calon Barisan Nasional Datuk Mohd Faizal Ramli yang mempertahankan kerusi berkenaan.
Turut mengalami kekalahan calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia Datuk Zamri Md Said yang bertanding buat kali ketiga di DUN itu.
-- BERNAMA
Berita Lain
- BN Menang 18 Daripada 36 Kerusi DUN Negeri Sembilan - SPR
- PRN NS: Bersatu Akan Teliti Keputusan, Lakukan Bedah Siasat Perkukuh Parti
- PRN NS: Bersatu Gagal Menang Sebarang Kerusi, Berjasa, Asli Dan PSM Turut Kecundang
- PRN Negeri Sembilan: 30 Calon Hilang Deposit
- BN Kembali Terajui Negeri Sembilan Selepas Lapan Tahun, Bentuk Kerajaan Negeri Bersama PN