Berita Terkini

Tarikh Dikeluarkan: 01/08/2026 10:31 PM

PRN NS: Anthony Loke Tewas Di DUN Chennah

PRN NS: Anthony Loke Tewas Di DUN Chennah
Pengerusi DAP Negeri Sembilan Anthony Loke --fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA

SEREMBAN, 1 Ogos (Bernama) -- Setiausaha Agung DAP Anthony Loke gagal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah selepas tewas kepada calon Barisan Nasional (BN) Siow Kong Choon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi yang diumumkan oleh Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Menteri Pengangkutan itu yang mewakili Pakatan Harapan (PH) meraih 4,413 undi manakala Siow daripada MCA berjaya memperolehi 5,522 undi setakat 8.51 malam ini.

Loke menyandang DUN Chennah sejak 2013. 

Dalam pada itu,  Loke malam ini mengumumkan beliau gagal mempertahankan kerusi yang disandangnya sejak 2013.

Beliau berkata bagaimanapun, kekalahan itu diterima dengan hati terbuka dan meminta penyokong tidak berputus asa dengan keputusan tersebut.

Bagi mendapatkan berita terkini mengenai PRN Negeri Sembilan ke-16, layari https://prn.bernama.com/n9.

-- BERNAMA