Berita Terkini

Tarikh Dikeluarkan: 01/08/2026 10:19 AM

PRN NS: 8.29 Peratus Keluar Undi Setakat 9 Pagi - SPR

PRN NS: 8.29 Peratus Keluar Undi Setakat 9 Pagi - SPR

SEREMBAN, 1 Ogos (Bernama) -- Sebanyak 8.29 peratus atau 71,106 daripada 859,760 pengundi telah menunaikan tanggungjawab masing-masing pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16, setakat 9 pagi ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Labu mencatatkan peratus keluar mengundi tertinggi setakat ini dengan 10.4 peratus, diikuti DUN Senaling (10.3 peratus) dan DUN Ampangan (9.4 peratus).

DUN Rantau merekodkan peratusan keluar mengundi terendah iaitu sekitar 6.4 peratus. 

PRN NS: 8.29 Peratus Keluar Undi Setakat 9 Pagi - SPR
Abang sulung kepada calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Datuk Seri Mohamad Hasan, Datuk Azman Hasan. Azman, 79 bersama isterinya Datin Nor Hayati Ahmad, 76 selesai menunaikan tanggungjawab mengundi pada hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan hari ini di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua, Rantau hari ini. -- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA

Sebagai perbandingan, jumlah keluar mengundi bagi tempoh sama pada PRN ke-15 ialah 9.49 peratus atau 79,557 daripada 838,200 pengundi.

Bagi mendapatkan berita terkini mengenai PRN Negeri Sembilan ke-16, layari https://prn.bernama.com/n9.

-- BERNAMA