Berita Terkini
PRN NS: Polis Siasat Ahli Parlimen Jempol Didakwa Sebar Kandungan Berunsur Hasutan
SEREMBAN, 29 Julai (Bernama) -- Polis membuka kertas siasatan terhadap Ahli Parlimen Jempol Datuk Shamsulkahar Mohd Deli berhubung ucapannya ketika berkempen di Seremban Jaya yang didakwa mengandungi unsur hasutan.
Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata siasatan itu dibuat susulan laporan oleh seorang lelaki berusia 55 tahun yang tidak berpuas hati dengan hantaran video menerusi media sosial yang memaparkan ucapan ahli politik itu ketika berkempen.
“Satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, Seksyen 4(A)(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Media semalam, melaporkan DAP membuat laporan polis terhadap Shamsulkahar susulan dakwaan mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah yang mengaitkan parti itu dengan karikatur menghina Sultan Selangor ketika berkempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.
Bagi mendapatkan berita terkini mengenai PRN Negeri Sembilan ke-16, layari https://prn.bernama.com/n9.
-- BERNAMA
Kata Kunci berkaitan
Berita Lain
- PRN NS: Polis Terima 87 Laporan, 23 Kertas Siasatan Dibuka
- PRN Negeri Sembilan: SPRM Terima Empat Laporan
- PRN NS: Cuaca Diramal Baik Sebelah Pagi, Hujan Dan Ribut Petir Petang Esok
- PRN NS: Aminuddin Yakin Rekod Pentadbiran Mampu Yakinkan Pengundi Di Linggi
- PRN Negeri Sembilan: Tirai Kempen Berlabuh, Pengundi Tentukan Kerajaan Negeri Esok