Berita Terkini
Salahkan Kejayaan Kaum Lain Tidak Beri Manfaat Kepada Ekonomi Orang Melayu - Mohamad
REMBAU, 27 Julai (Bernama) -- Perbuatan menghasut dan menyalahkan kejayaan kaum lain termasuk dalam sektor pertanian tidak memberi sebarang manfaat kepada ekonomi orang Melayu, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.
Beliau berkata tindakan sedemikian juga akan menyebabkan orang Melayu terus ketinggalan.
“Daripada kita menghabiskan masa mengkritik kejayaan kaum lain, lebih baik kita tumpu tenaga buka ladang, tingkatkan pengeluaran makanan dan bantu anak muda bina perniagaan.
“Cara sebenar untuk memartabatkan bangsa adalah melalui kerja keras dan hasil titik peluh sendiri,” kata Presiden Parti Amanah Negara itu ketika berucap pada ceramah kelompok Pakatan Harapan (PH) di Pusat Daerah Mengundi Astana Raja di sini malam ini.
Turut hadir calon PH bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Kota Muhammad Allif Ibrahim.
Pengundian awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 akan berlangsung esok manakala hari mengundi ditetapkan pada Sabtu ini.
Bagi mendapatkan berita terkini mengenai PRN Negeri Sembilan ke-16, layari https://prn.bernama.com/n9 .
-- BERNAMA
Kata Kunci berkaitan
Berita Lain
- Hari Malaysia Simbol Perpaduan, TMNS 2026 Pemangkin Ekonomi Negeri
- Menteri Besar Tiada Kuasa Unilateral Tamatkan Jawatan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan
- Polis Terima Dua Laporan Berhubung Isu Proklamasi – Saifuddin Nasution
- Negeri Sembilan Perkukuh Kerjasama Penyelidikan Sejarah, Warisan
- Kerajaan Negeri Sembilan Lancar Program MANES Dekati Dan Perkasa Masyarakat