Berita
Jerebu: 31 Kawasan Catat IPU Tidak Sihat Pagi Ini
KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Sebanyak 31 kawasan merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat, setakat 9 pagi ini.
Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara (APIMS), antara kawasan yang merekodkan bacaan IPU tidak sihat ialah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian, Sarawak (175); Pasir Gudang (170) dan Larkin (169) di Johor; Bandaraya Melaka (166); Nilai, Negeri Sembilan (165); Johan Setia, Selangor (163) dan Batu Muda di ibu negara (114).
Sebanyak 30 kawasan pula mencatatkan bacaan IPU pada tahap sederhana, manakala tujuh kawasan merekodkan IPU pada tahap baik.
Bacaan IPU antara sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, manakala bacaan melebihi 300 berada pada tahap berbahaya.
-- BERNAMA
Berita berkaitan
- Kompleks Mahkamah Johor Bahru dijangka beroperasi Januari 2027 - Azalina
- AKPS Perlu Akademi Latihan Bertaraf Dunia - KSN
- Raja Permaisuri Agong Zahir Rasa Kagum, Terharu Dengan Ketabahan Rakyat Palestin
- ZTPP Akan Diperluas Ke Kawasan Ekopelancongan Di Seluruh Johor
- Mersing Bantu Seimbang Pembangunan Dan Konservasi Johor - Hasni