Berita

Kemaskini: 10/10/2026 09:16 PM

Belanjawan 2027: Insentif Cukai i-FB Galak Sektor Korporat Perkukuh Ekosistem Food Bank

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali (tiga dari kanan) menghadiri Majlis Universiti Malaysia Sabah (UMS) Alumni Homecoming & Fundraising Dinner 2026 di Hilton Hotel.

Beliau berkata geran awal akan digunakan untuk penyediaan peralatan dan ruangan khusus i-FB di kampus bagi memudahkan proses pengurusan meliputi penerimaan, penyimpanan serta pengagihan sumbangan makanan kepada mahasiswa memerlukan. 

“Inisiatif ini juga membuka ruang kepada sumbangan pelbagai pihak untuk membantu dalam ikhtiar sara hidup melibatkan para mahasiswa,” katanya.

Inisiatif i-FB adalah antara ikhtiar sara hidup yang digerakkan melalui pendekatan seluruh negara, dengan Bahagian Kos Sara Hidup, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup bertindak selaku urus setia dengan menyasarkan penglibatan semua pihak merentasi pelbagai agensi kerajaan, sektor swasta, badan bukan kerajaan serta orang persendirian. 

-- BERNAMA