Berita
Enam Kawasan Di Sabah Catat IPU Tidak Sihat, Politeknik KK Tertinggi 185
KOTA KINABALU, 2 Sept (Bernama) -- Enam kawasan di Sabah mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 8 pagi ini, dengan stesen Politeknik Kota Kinabalu merekodkan bacaan tertinggi iaitu 185.
Menurut laporan harian infografik Pemantauan El Nino Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah, Kota Kinabalu merekodkan bacaan IPU 179, diikuti Kimanis 175, Keningau 173, Sandakan 152 dan Tawau 123.
“Bacaan IPU antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat dan orang ramai disaran mengurangkan aktiviti luar, manakala kanak-kanak, warga emas serta pesakit kronik dinasihatkan mengelakkan aktiviti di luar rumah,” menurut laporan itu.
Dalam pada itu, laporan itu turut merekodkan enam kes kebakaran dalam tempoh 24 jam sehingga 8 pagi ini, merangkumi lima kebakaran belukar atau lalang dan satu kebakaran kebun atau ladang, manakala tiada kes kebakaran hutan, hutan gambut dan sampah dilaporkan.
Pemantauan paras sungai pula menunjukkan Sungai Moyong di Penampang dan Sungai Kalabakan di Tawau masing-masing berada pada status normal.
-- BERNAMA
Kata kunci
Berita berkaitan
- Pelaksanaan MA63 Perlu Diselesaikan Menerusi Rundingan Ikhlas, Konstruktif - Tun Musa
- Tersalah Pilih Kelab, Ivy Olivera Rangkul Emas Karate Asia
- AGC Bantah Permohonan Dua Lelaki Cabar Keputusan Hapus Subsidi Diesel
- Kerajaan Negeri Cadang Pindahkan Pasar Besar Kota Kinabalu Ke Luar Pusat Bandar - Hajiji
- Warga Croatia Mungkin Didenda, Guna Laluan Tidak Rasmi Daki Gunung Kinabalu