Berita
Jabatan Imigresen Sabah Hantar Pulang 4,750 Pendatang Asing Setakat Tahun Ini
TAWAU, 20 Ogos (Bernama) -- Sebanyak 4,750 pendatang asing pelbagai warganegara telah dihantar pulang ke negara asal tahun ini, menurut Jabatan Imigresen (JIM) Sabah.
JIM Sabah memaklumkan daripada jumlah itu, warganegara Filipina mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 3,008 orang, diikuti Indonesia (1,478), Pakistan (118), China (109), Vietnam (18) manakala pelbagai warganegara lain sebanyak 19.
“Jumlah itu juga merangkumi pelaksanaan program pemindahan terbaharu membabitkan 144 warganegara Indonesia (hari ini) menerusi laluan itu menggunakan feri komersial,” menurut jabatan berkenaan dalam kenyataan hari ini.
Menurut JIM Sabah, kesemua warga Indonesia berusia tiga hingga 68 tahun itu terdiri daripada 107 lelaki, 26 wanita, empat kanak-kanak lelaki dan tujuh kanak-kanak perempuan, dengan golongan kanak-kanak diiringi ibu bapa atau pengiring masing-masing.
Kesemuanya dari Depot Imigresen Kota Kinabalu, Depot Imigresen Papar dan Depot Imigresen Sandakan itu dipindahkan selepas selesai menjalani hukuman mengikut peruntukan undang-undang serta memiliki Surat Perjalanan Laksana Pasport (SPLP) yang sah.
"JIM menyeru semua pihak agar lebih peka terhadap persekitaran dalam komuniti, tidak bersekongkol melindungi atau menggajikan pendatang tanpa izin serta segera melaporkan kegiatan berkaitan pendatang tanpa izin kepada saluran rasmi," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Kata kunci
Berita berkaitan
- Pelaksanaan MA63 Perlu Diselesaikan Menerusi Rundingan Ikhlas, Konstruktif - Tun Musa
- Tersalah Pilih Kelab, Ivy Olivera Rangkul Emas Karate Asia
- AGC Bantah Permohonan Dua Lelaki Cabar Keputusan Hapus Subsidi Diesel
- Kerajaan Negeri Cadang Pindahkan Pasar Besar Kota Kinabalu Ke Luar Pusat Bandar - Hajiji
- Warga Croatia Mungkin Didenda, Guna Laluan Tidak Rasmi Daki Gunung Kinabalu