Berita
Kemaskini: 17/08/2026 09:45 PM
Ribut Petir, Hujan Lebat Di Sabah, Sarawak Hingga 1 Pagi - MetMalaysia
KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak hingga 1 pagi ini.
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan kawasan terlibat di Sarawak ialah Sibu, Sarikei, Sri Aman, Betong (Betong dan Saratok), Serian, Kuching, Limbang, Miri, Bintulu (Bintulu dan Sebauh), Samarahan dan Kapit (Song).
Di Sabah, kawasan terlibat ialah Sandakan (Kinabatangan, Tongod, Sandakan, Telupid dan Labuk & Sugut), Tawau (Lahad Datu), Pedalaman (Pensiangan, Sipitang, Tenom, Sook, Beaufort, Membakut dan Keningau) serta Pantai Barat (Papar).
-- BERNAMA
Kata kunci
Berita berkaitan
- Pelaksanaan MA63 Perlu Diselesaikan Menerusi Rundingan Ikhlas, Konstruktif - Tun Musa
- Tersalah Pilih Kelab, Ivy Olivera Rangkul Emas Karate Asia
- AGC Bantah Permohonan Dua Lelaki Cabar Keputusan Hapus Subsidi Diesel
- Kerajaan Negeri Cadang Pindahkan Pasar Besar Kota Kinabalu Ke Luar Pusat Bandar - Hajiji
- Warga Croatia Mungkin Didenda, Guna Laluan Tidak Rasmi Daki Gunung Kinabalu