Berita
Kemaskini: 30/11/2025 01:39 AM
Mohamad Alamin Dan Anifah Kalah Di Bongawan
Tan Sri Anifah Aman
KOTA KINABALU, 29 Nov (Bernama) -- Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin tewas di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bongawan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.
Ahli Parlimen Kimanis itu yang bertanding semula di DUN berkenaan selepas kalah pada 2018, tewas kepada penyandang Dr Daud Yusof daripada Parti Warisan (Warisan) pada PRN kali ini.
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Dr Daud berjaya mempertahankan kerusi itu dengan meraih majoriti 938 undi dalam pertandingan sembilan penjuru.
Turut gagal dalam misi menawan DUN Bongawan ialah Presiden Parti Cinta Sabah (PCS) Tan Sri Anifah Aman yang juga bekas Menteri Luar.
DUN Bongawan mempunyai 24,019 pemilih berdaftar pada PRN kali ini.
-- BERNAMA
Kata kunci
Berita berkaitan
- Penempatan Anggota ATM Akan Diseimbang Antara Semenanjung, Sabah Dan Sarawak
- Gempa Bumi Lemah 3.5 Magnitud Berlaku Di Ranau
- JHL Sabah Siasat Kematian Gajah Borneo Di Sungai Kinabatangan
- Persepsi Latihan Keras PLKN Tidak Tepat, Pelatih Jangan Takut - JLKN
- Operasi Selamatkan Pendaki Croatia Antara SAR Ekstrem Pasukan Penyelamat Sabah