Malaysia harus teroka potensi kerjasama bersama Qatar dalam sektor kecerdasan buatan, rebut insentif berjumlah 9 bilion riyal Qatar - PM Anwar | Qatar sedang menuju ke arah transformasi digital termasuk AI, dengan insentif bernilai 9 bilion riyal Qatar (RM11.7 bilion) - PM Qatar | Qatar kini mempelbagaikan ekonominya, menawarkan insentif menarik dalam usaha menjadi antara 10 negara utama untuk perniagaan - PM Qatar Sheikh Mohammed | Monsun Barat Daya dijangka bermula Jumaat ini, berterusan sehingga September - MetMalaysia | Akademia, mahasiswa diminta terus istiqamah junjung nilai kemanusiaan dan ketulusan dalam merencana masa depan dunia Islam yang lebih cerah- PM Anwar | 

HARGA INTERNET LEBIH MURAH MENJELANG SEPTEMBER- FAHMI

Menteri Komunikasi dan Digital yang juga Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Fahmi Fadzil berucap pada Ceramah Mega Perdana sempena Pilihan Raya Negeri di Tapak Pasar Malam Ukay Perdana.

07/08/2023 12:52 AM

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Semua penyedia perkhidmatan Internet jalur lebar telah diarahkan untuk mengurangkan harga Internet bermula September depan.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata perkara itu, selaras dengan pelaksanaan Standard Mandatori Mengenai Harga Capaian (MSAP), yang menyaksikan harga borong Internet dikurangkan dan menjadi lebih murah.

“Untuk memastikan rakyat mampu menikmati perkhidmatan Internet yang terbaik, banyak perkara telah kerajaan usahakan termasuk Internet pra-bayar yang lebih murah. Dulu RM10 sekarang RM5, malah Internet jalur lebar juga lebih murah,” katanya.

Beliau berkata demikian ditemui pada program ceramah Mega Perdana di Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa, di Ukay Perdana dekat sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Fahmi berkata masih ada pihak yang menyentuh sensitiviti 3R iaitu kaum, agama dan institusi diraja ketika berkempen, walaupun kerajaan telah berulang kali memberi amaran berkenaan tindakan sedemikian.

“Sebagai Menteri Komunikasi, saya mesti bagi amaran ini. Tapi nampaknya amaran ini bagi setengah pihak tidak diikuti, tidak dituruti,” katanya.

Fahmi berkata mana-mana pihak yang masih degil dan terus memainkan sentimen 3R terutamanya ketika berkempen bagi Pilihan Raya Negeri (PRN), akan dikenakan tindakan undang-undang.

“Berani buat, berani hadap. Ini pesanan saya. Kalau berani buat, janganlah marah kalau polis datang tangkap bila-bila ya,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan PRN di Kedah, Terengganu, Kelantan, Negeri Sembilan, Selangor, dan Pulau Pinang, serta Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Parlimen Kuala Terengganu dilaksanakan serentak, dengan hari pengundian pada 12 Ogos manakala pengundian awal pada 8 Ogos.

-- BERNAMA