Berita Terkini
Tarikh Dikeluarkan: 22/11/2026 04:18 PM
Ismail Lasim Tidak Sihat, Sedang Terima Rawatan Di Hospital
Datuk Ismail Lasim
SEREMBAN, 22 Nov (Bernama) -- Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Ismail Lasim dilaporkan tidak sihat dan kini sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital, di sini.
Perkara itu disahkan anak beliau Naim Ismail, ketika dihubungi Bernama hari ini.
“Betul, (Ismail) tak sihat,” katanya ringkas menerusi aplikasi WhatsApp.
Sementara itu, Setiausaha Akhbar beliau Mohd Fasha Musthafa memaklumkan keadaan Ismail yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh, dilaporkan semakin pulih.
Beliau turut mengucapkan terima kasih atas keprihatinan orang ramai serta meminta semua pihak mendoakan supaya Ismail segera sembuh dan dikurniakan kesihatan yang baik.
-- BERNAMA
Kata Kunci berkaitan
Berita Lain
- Sindiket Guna Web Tertutup, Media Sosial Bekal Vape Campur "Piu-piu"
- Isu Menteri Besar: BN Serah Penyelesaian Kepada Tuanku Muhriz - Ahmad Zahid
- Mangsa Banjir Di Perak, Selangor Catat Penurunan, Negeri Sembilan Pulih Sepenuhnya
- Perhilitan N.Sembilan Pasang Kamera Perangkap Kesan Harimau Kumbang Di Kawasan Perumahan
- PHNS Sifatkan Pendirian MB Selari Dengan Prinsip Sejak Awal Krisis