Berita Terkini
Cuti Peristiwa Negeri Sembilan Esok Tidak Wajib Bagi Sektor Swasta - JTKSM
PUTRAJAYA, 2 Ogos (Bernama) -- Majikan sektor swasta di Negeri Sembilan boleh memilih sama ada hendak memberikan Cuti Peristiwa kepada pekerja masing-masing esok kerana ia adalah hari kelepasan am pilihan.
Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan cuti itu tidak wajib diberikan kepada pekerja sektor swasta.
Namun, mana-mana majikan di negeri itu yang memilih Cuti Peristiwa Negeri Sembilan sebagai hari kelepasan am hendaklah memberikan hari kelepasan am bergaji kepada pekerja.
“Majikan boleh dengan persetujuan pekerja menggantikan cuti itu kepada hari lain sebagaimana peruntukan Seksyen 60D (1A) Akta Kerja 1955,” menurut kenyataan itu.
Terdahulu, Kerajaan Negeri Sembilan mengisytiharkan esok (3 Ogos) sebagai cuti peristiwa bagi menghargai rakyat Negeri Sembilan serta semua pihak yang telah bertungkus lumus menjayakan proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 yang berakhir semalam.
JTKSM memaklumkan pengisytiharan cuti peristiwa berkenaan dibuat selaras dengan Subseksyen 9(1) Akta Hari Kelepasan 1951, yang membolehkan pihak berkuasa negeri mengisytiharkan mana-mana hari sebagai hari kelepasan am bagi negeri berkenaan.
-- BERNAMA
Kata Kunci berkaitan
Berita Lain
- Ahmad Zahid, Jemaah Menteri Ucap Tahniah Atas Pelantikan Ismail Lasim Sebagai MB
- DAP Johor Sokong Anthony Loke Terus Pimpin Parti
- BN Junjung Kasih Perkenan Tuanku Muhriz Pelantikan Ismail Sebagai MB N. Sembilan Baharu
- Menteri Besar Baharu Negeri Sembilan Ziarah Pusara Orang Tua Di Juasseh
- Kerajaan N. Sembilan Terus Dukung, Muliakan Institusi Diraja - MB