Berita Terkini
Dua Darjah Kebesaran Negeri Sembilan Kepada Rais Yatim Ditarik Balik
SEREMBAN, 30 Julai (Bernama) -- Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir menitahkan penarikan balik kurniaan Darjah Seri Utama Negeri Sembilan dan Darjah Dato' Setia Negeri Sembilan kepada Tan Sri Dr Mohd Rais Yatim berkuat kuasa serta merta.
Pendaftar Darjah Datuk Mohd Zafir Ibrahim berkata Tuanku Muhriz menitahkan penarikan balik dua darjah kebesaran terhadap bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu yang dikurniakan pada 2001 dan 1979.
“Keputusan itu dibuat bagi memelihara kebesaran, kemuliaan dan kehormatan institusi diraja Negeri Sembilan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Rais, yang merupakan Pengerusi Parti Wawasan Negara pernah berkhidmat sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan dari 1978 hingga 1982.
-- BERNAMA
Kata Kunci berkaitan
Berita Lain
- PRN NS: Cuaca Diramal Baik Sebelah Pagi, Hujan Dan Ribut Petir Petang Esok
- PRN Negeri Sembilan: Tirai Kempen Berlabuh, Pengundi Tentukan Kerajaan Negeri Esok
- PRN NS: PH Sasar Menang Sekurang-kurangnya 19 Kerusi - Amirudin
- Isu Tadbir Urus, Integriti Iktibar Utama Pilih Pemimpin - Fahmi
- Siasatan Susulan RCI TH Perlu Telus, Jangan Lindungi Pihak Bersalah - PMm Anwar