Berita Terkini

Tarikh Dikeluarkan: 28/07/2026 01:08 PM

PRN NS: 14.31 Peratus Mengundi Awal Setakat 9 Pagi     

PRN NS: 14.31 Peratus Mengundi Awal Setakat 9 Pagi     

SEREMBAN, 28 Julai (Bernama) -- Sebanyak 14.31 peratus pengundi awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan telah menunaikan tanggungjawab mereka, setakat 9 pagi ini.

Berdasarkan data terkini yang dikongsikan menerusi Facebook rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), jumlah itu melibatkan 1,431 anggota tentera dan 925 polis serta pasangan.

Sebanyak 38 pusat mengundi dibuka serentak pada 8 pagi tadi, bagi membolehkan 22,339 pengundi berdaftar menjalankan tanggungjawab mereka.

Kesemua pusat mengundi berkenaan akan ditutup secara berperingkat antara 12 tengah hari hingga 5 petang ini, bergantung pada lokasi dan jumlah pemilih berdaftar.

PRN Negeri Sembilan ke-16 menyaksikan 103 calon merebut 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan hari mengundi bagi 889,490 pemilih ditetapkan Sabtu ini.

Bagi mendapatkan berita terkini mengenai layari https://prn.bernama.com/n9.

-- BERNAMA