Berita Terkini
PRN NS: Pertembungan Tiga Penjuru Di DUN Pertang, Klawang Dan Sungai Lui
JELEBU, 18 Julai (Bernama) -- Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pertang, Klawang dan Sungai Lui masing-masing menyaksikan saingan tiga penjuru pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 yang akan berlangsung pada 1 Ogos ini.
Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Jelebu Abdul Rahim A Aziz mengumumkan perkara itu di Pusat Penamaan Calon (PPC) Dewan Besar Kuala Klawang di sini, selepas proses penamaan calon ditutup pada 10 pagi.
Penyandang kerusi DUN Pertang Datuk Seri Jalaluddin Alias daripada Barisan Nasional (BN) akan dicabar oleh calon Pakatan Harapan (PH) Mohd Umry Abdul Khois dan Mohd Faizal Fadli Mohd Idrus (Bersatu).
Pada PRN lepas, Jalaluddin menewaskan Amirudin Hasan daripada PN dengan majoriti 2,844 undi.
Turut menjadi tumpuan saingan tiga rakan sekolah di DUN Sungai Lui, membabitkan penyandang Datuk Mohd Razi Mohd Ali (BN), Zainal Fikri Abd Kadir (PH) dan Mazrulhisham Abd Mansor (Bersatu).
Bagi DUN Klawang pula, saingan tiga penjuru melibatkan penyandang Datuk Bakri Sawir (PH), Muhammad Adib Musa (Bersatu) dan calon Perikatan Nasional (PN) Danni Rais.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian pada 1 Ogos manakala 28 Julai sebagai hari pengundian awal.
Bagi mendapatkan berita terkini mengenai PRN Negeri Sembilan ke-16, layari https://prn.bernama.com/n9.
-- BERNAMA
Kata Kunci berkaitan
Berita Lain
- PRN NS: Polis Terima 87 Laporan, 23 Kertas Siasatan Dibuka
- PRN Negeri Sembilan: SPRM Terima Empat Laporan
- PRN NS: Cuaca Diramal Baik Sebelah Pagi, Hujan Dan Ribut Petir Petang Esok
- PRN NS: Aminuddin Yakin Rekod Pentadbiran Mampu Yakinkan Pengundi Di Linggi
- PRN Negeri Sembilan: Tirai Kempen Berlabuh, Pengundi Tentukan Kerajaan Negeri Esok